cecite2x:: kepandaian yang berbeza

suatu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung. di tengah perjalan, profesor bertanya, " kamu pandai menulis dan membaca??"

" tidak tuan. saya buta huruf," jawab pendayung sampan.
" oh kamu sudah hilang separuh kehidupan kamu! orang yang tak pandai menbaca dan menulis telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. sejurus kemudian, profesor bertanya lagi," kamu ada menyimpan simpana wang untuk masa depan??"

" tidak tuan. pendapatan saya cukup cukup makan," jawab pendayung sampan.
" kalau begitu,kamu sudah kehilangan lagi separuh daripada kehidupan kamu.
mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

sampan terus bergerak,tiba tiba sampan itu terlanggar dengan bucu sebuah batu dan bocor. air mula memasuki sampan.
mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. ternyata sampan itu akan tenggelam!

dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada tuan prof," Tuan! tuan pandai berenang??"
" er..er.. saya tidak tahu berenang!" jawab profesor panik.
" kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

p/s:: Allah tidak akan jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai " kepandaian " yang berlainan. masing masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri. jadi, tidak ada manusia bodoh, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza. wallahualam..

No comments:

Post a Comment