Ibn Haitham pakar ilmu fizik optik




ILMUWAN Islam, Ibn Haitham memberi sumbangan besar dalam bidang optik sehingga dinobatkan ‘Bapa Ilmu Optik Moden’ oleh dunia Islam.

Beliau memberi sumbangan besar dalam membetulkan konsep penglihatan yang dibuat sarjana Yanani. Kitabnya Al-Manazir pula dijadikan rujukan sarjana barat untuk memajukan ilmu fizik optik.

menjelajah ke bumi Mesir dalam usaha mengupas fakta mengenai Ibn Haitham atau nama sebenarnya, Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri al-Misri.

Di dunia Barat beliau dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
Keintelektualan Ibn Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi pelajar dengan kecenderungan terhadap pelbagai bidang ilmu.Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah dan mantik sehingga terkenal sebagai tokoh cendekiawan pada zamannya.

Kemasyhurannya menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir ketika itu, Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah mengundangnya ke Mesir untuk memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki Ibn Haitham.Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun, tetapi sayangnya tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa dibuatnya kerana kurang peralatan canggih pada masa itu.

Untuk melindungi dirinya daripada kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan sehingga Sultan Al-Hakim mangkat pada 1021, Ibn Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Beliau kemudian berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar untuk menyambung usaha ilmiahnya dalam bidang saintifik, selain menterjemahkan buku matematik dan falak dari bahasa Latin ke bahasa Arab.

Sebelum itu Ibn Haitham ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu di mana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

Ibn Haitham berjaya meletakkan optik pada batu asas yang kukuh melalui eksperimen teliti menggunakan kaedah matematik dan fizik moden.Beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang, imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting membolehkan beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat menerusi pancaran cahaya yang keluar dari matanya.

Tetapi menurut Ibn Haitham, bukan mata yang memberi cahaya, sebaliknya benda yang dilihat itu yang memantulkan cahaya ke mata manusia.Pada tahun terakhir hidupnya, beliau kembali ke Kaherah, Mesir sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada 1039 ketika usianya 74 tahun.

Dua pakar tempatan, Prof Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Yusof Othman dan Pakar Matematik Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail turut menyumbang fakta mengenai Ibn Haitham

Pakar Tamadun Islam Universiti Kaherah, Prof Dr Musthapa Labib dan pakar Sejarah Sains Universiti Iskandariah, Mesir, Prof Dr Maher Abdul Kader membekalkan maklumat bagaimana Ibn Haitham melakukan kajiannya menghasilkan teori Konsep Penglihatan Manusia.

No comments:

Post a Comment