Takutnya sya'wanah kepada ALLAH SWT


Sya'wanah wanita parsi yang terunggul di Ubullah, di tepi sungai tigris. Beliau memiliki suara yang lunak mengalunkan ayat ayat suci Al Quran. Syawanah merupakan seorang yang lebih kerap menangis daripada tersenyum.

Muaz bin fadhl menceritakan," Syawanah banyak menangis sehingga kami menjangkakan dia akan buta kerananya.Ketika aku mengatakan hal ini kepadanya dia menjawab," Demi Allah, lebih baik aku menjadi buta di dunia ini kerana air mataku, daripada buta di akhirat kerana api neraka"
Malik bin Zaiqham pula menceritakan bahawa seseorang lelaki dari Ubullah datang menghadap Abu katsir dan berbicara tentang banyaknya Syawanah menangis. ketika ditanya dengan lebih lanjut, lelaki itu menjawab tenang, penuh jujur," Apakah mesti aku jelaskan bagaimana dia terus terusan menangis siang dan malam tanpa langsung tiada henti?"

Malik menjawab ," Bukan, tetapi ceritakanlah bagaimana dia mula menagis?  lelaki itu pun menjawab," Jika dia mendengar nama ALLAH disebut sebut, maka air matanya akan mengalir seperti hujan."
Malik bertanya lagi," Apakah air matanya keluar dari sudut yang paling hampir dengan hidungnya?
"Air matanya keluar bercucuran sehinggakan aku tidak boleh mengatakan dari mana ia keluar.Aku hanya boleh mengatakan , apabila nama ALLLAH disebut, maka matanya menjdai laksana bintang yang bersinar sinar," jawab lelaki itu.
Abu Katsir mula menangis dan berkata" Tangisannya itu disebabkan kenyataan bahawa seluruh hatinya terbakar. Orang yang mengatakan bahawa banyaknya air mata orang yang menangis , bergantung kepada besarnya api yang membakar hatinya".


~AIR MATA DARAH~

Qurasyi berkata ,' Aku pergi dengan seorang teman ke Ubullah. Kami meminta izin syawanah untuk bertemu dengannya. Setelah menerima kami  di rumahnya yang usang, temanku bertanya kepada syawanah," Wahai syawanah sekiranya kau hendak mengasihi dirimu sendiri dan mengurangkan tangismu, nescaya lama kelamaan keadaanmu akan lebih baik dan engkau akan memperoleh apa yang engkau hasratkan."
Mendengar itu, syawnah terus mengalirkan air matanya lalau berkata, "Aku bersumpah demi ALLAH, aku akan menangis sampai air mataku tidak bersisa lagi. setelah itu,akan bercucuran air mata darah sehingga tidak setitis lagi darah yang yang tinggal di dalam jasadku."

~ Subhanallah begitu lah serba sedikit kisah seorang wanita yang dirindui syurga " SYA'WANAH"  wanita yang terunggul di persia.. betapa takutnya dan gerunnya syawanah dengan penciptanya sehinggakan apabila disebut sahaja kalimah ALLAH maka berderailah air mata seorang hamba yang takut akan pedih dan azab Allah di akhirat kelak.sebagai seorang hamba (termasuk ana sendiri) hendaklah mengambil ibrah daripada kisah  ini.
kisah  ini  boleh di jadikan teladan untuk ummat manusia tanpa mengira jantina ini kerana untuk menyintai Ilahi kita perlulah mempunyai semangat yang tebal seperti syawanah.Sesungguhnya Cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal Abadi dan tak pernah pudar seperti mana cinta sesama insaan atau pun kepada duniawi.Cinta duniawi selagi mana ada nyawa di kandung badan tetapi cinta kepada Allah kekal selamanya.~

No comments:

Post a Comment