DEMI CINTA ZAINAB


ZAINAB binti Muhammad merupakan puteri sulung Rasulullah SAW dan sayidatina Khadijah binti Khuwailid yang lahir pada sepuluh tahun sebelum baginda di tabal menjadi Rasul. Beliau mempunyai tiga saudara perempuan dan tiga saudara lelaki iaitu Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Ruqiyyah dan Ummu Khaltum.
Dilahirkan sebagai puteri kepada pemimpin dan rasul junjungan umat islam, ini tidak bererti Zainab hidup dalam kemewahan kerana Rasulullah sendiri mengamalkan cara hidup yang penuh dengan kesederhanaan. Tambahan pula, Zainab berasal dari keturunan yang mulia dan dihormati, mka beliau sering dijadikan teladan kerana sifatnya yang terpuji yang diwarisinya.

Ramai pemuda yang melamar Zainab kerana tertarik dengan sifat sifat mahmudah yang dimiliknya termasuklah sepupunya daripada keluarga sebelah sayidatina Khadijah r.a iaitu Abdul Ash bin Rabi’ . Zainab dikahwinkan dengan Abdul Ash, seorang bangsawan Quraisy yang kaya raya dan baik budi pekertinya. Berkat perkahwinannya mereka dikurniakan dua orang anak yang bernama Ali dan Umamah.
Pada suatu ketika Abdul Ash berada dalam perjalanan menguruskan perniagaannya. Kemudian terjadilah peristiwa besar dalam sejarah kehidupan umat islam. Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama daripada ALLAH SWT. Zainab menyambut seruan dakwah yang dibawa ayahandanya, Rasulullah s.a.w dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi terhadap agama ALLAH ini. Beliau menagis terharu apabila mendengar keterangan daripada Waraqah bin Naufal yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang memeluk agama ALLAH SWT, akan dimusuhi oleh kaum Quraisy yang jahil itu.

:: Ketulusan ZAINAB ::

Sewaktu suaminya kembali daripada menjalankan perniagaan, zainab terus menyatakan keimanan kepada ALLAH Maha Esa. Walaupun Abdul Ash tidak menunjukkan sebarang reaksi, namun dia juga tidak membantah tindakan isterinya itu. Apabila Zainab mengajak suaminya memeluk agama islam , Abdul Ash menjawab, “ Bukannya aku tidak percaya dengan ayahmu, tetapi aku tidak mahu di tuduh sebagai pembelot agama sendiri semata mata kerana ingin mengambil hati bapa mertua dan isteri.

Perkara ini bagaikan pukulan yang hebat buat zainab. Rumah tangga yang selama ini aman damai dibina dan gembira berubah menjadi kedukaan. Ketenangan di wajah masih jelas kelihatan walaupun berhadapan dengann masalh yang begitu berat. Sekalipun suaminya enggan memeluk agama islam, beliau masih mampu memberikan tumpuan dan ketaatan kepada suaminya. Beliau tetap melayan suaminya dengan penuh kasih saying dan tetap menguruskan rumahtangga engan baik. Atas dasar hormat beliau tidak pernah bermasam muka dengan suaminya apalagi hendak membentak bentak atupun mengeluarkan kata kata yang kurang sopan dan berbentuk penghinaan. Ini membuatkan suaminya semakin syang terhadap Zainab.

:: Antara kasih Ayah dan Suami ::

Ayahnya telah berhijrah ke Madinah bersama para sahabat dan ibunya yang tersayang sedang berhadapan dengan ALLAH SWT dan adik adiknya juga telah mengikuti jejak ayahnya ke Madinah. Apabila tercetusnya perang Badar antara orang islam dan kaum musyrikin Mekah, Zainab tidak dapat memejamkan matanya dan bergundah gulana kerana pertempuran itu melibatkan dua insane yang amat beliau sayangi iaitu antara Ayahnya dan Suaminya. Hatinya berbelah bagi kerana kedua duanya sama penting. Sama ada suaminya yang akan menang ataupun suaminya,hatinya tetap akan hancur.
Dipendekkan cerita, akhirnya kemenangan dipihak Ayahnya dan kaum Quraisy menjadi tawanan perang dan dilayan dengan baik. Disebabkan perasaan kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya Beliau mengirimkan kalung  pusaka peninggalan ibunya kepada suaminya. Baginda mendapat tahu dan baginda merasa terharu kerana baginda mengenali pemilik kalung tersebut. Namun setelah berbincang daripada para sahabat baginda membebaskan Abdul Ash dan kalung tersebut dikembalikan kepada Zainab.


:: cinta ulung Zainab ::

Abdul Ash bertemu dengan Zainab isterinya yang amat dia cintai dan menyatakan terima kasih kerana pengorbanannya, tetapi mereka tetaapajuga berpisah. Sebelum Abdul Ash berlalu dari sisi Zainab, dia berkata, “ Antara aku dan kamu bukan lagi irama dan lagu yang boleh disatukan. Kamu adalah insane yang telah disucikan dan jiwaku masih kotor. Oleh itu, kita tidak boleh bersama dan terima lah hakikat ini.”
Zainab menerima kata kata itu walaupun hatinya seperti terhiris namun demi islam beliau merelakannya. Namun hatinya tetap berdoa agar suaminya pulang kepangkuannya sebagai seorang muslim.

Setelah enam tahun berlalu, Abdul Ash datang mengetuk pintu rumah Zainab. Zainab seolah olah tidak percaya dengan kedatangan lelaki itu. Lalu Ash berkata aku kesini bukanlah untuk menyerah tetapi aku datang untuk berdagang dengan membawa barang barang daganganku, tetapi kami bertemu dengan  pasukan Ayahmu yang dipimpin oleh Zaid bin Harith. Mereka telah merampas dagangan dan aku kesini untuk meminta pertolongan darimu.

Selepas mendengar penerangan dari suaminya, Zainab terus memohon dengan Ayahnya agar mengembalikan barang dagangan tersebut. Maka Rasulullah berbincang dengan para sahabat  lalu baginda bersabda, “ sesungguhnya lelaki ini sudah kalian kenali. Kalian telah mengambil hartanya. Maka jika kalian relakan kembalikan kepadanya dan aku akan menyukai hal itu. Namun jika kalian menolaknya, maka itu adalah fa’I (rampasan) yg ALLAH kurniakan kepada kalian.
Para sahabat menjawab dengan serentak. “ ya kami akan serakhkan kembali seluruh hartanya , ya Rasulullah.”  Selepas itu Ash kembali ke kota Mekah dan megembalikan semua harta kaum Musyrikin Mekah lalu di tempat itu jugalah Ash mengucap dua kalimah syahadah. Doa seorang isteri buat suaminya walaupun suaminya pada ketika dulunya telah meninggalkannya selama bertahun tahun kini doanya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Abdul Ash datAng kembali menyatakan keislamanya dan Baginda mengahwinkan semula Ash dengan Zainab. Namun selang setahun Zainab telah menyeruh panggilan ILAHI iaitu pada 8 Hijrah.

Perginya srikandi ini meninggalkan riwayat hidup yang terunggul dalam sejarah islam. Walaupun bersuamikan lelaki bukan islam tetapi akhirnya memeluk islam, tetapi itu tidak menghalangnya untuk mentatati dan menyayangi suaminya  tanpa mengenepikan ajaran islam yang dibawa oleh ayahnya.

Wallahu’alam….

No comments:

Post a Comment