cemerlangnya Rasulullah


Pernah kah terlintas difikiran kita macam mana nak jadi cemerlang sebenarnya!!Cemerlang di mana sahaja kita berada didunia dan akhirat..... Ini dia resepi nya.Ikutlah sifat sifat Rasullulah.Ini yang Rasulullah tanamkan dalam diri baginda.Dan ini jugalah yang sepatutnya kita semaikan dalam diri dan natijahkan dalam kehidupan harian kita. Antaranya yang selalu diperkatakan adalah

:65: Taubat
Rasulullah sangat suka bertaubat kepada ALLAH setiap masa.Terutama selepas solat baginda sentiasa bertaubat kepada ALLAH.

Inilah sifat
serta sikap yang utama yang Nabi Muhammad semaikan dalam diri baginda.Rasul yang maksum dan ada dosa itu, hidupnya dipenuhi dengan memohon taubat kepada ALLAH!!! Fikirkanlah kedudukan kita sebagai pengikut baginda.Kita nak masuk syurga ALLAH, syurga Muhammad, jadi sepatutnya kita hendaklah mengikut cara kehidupan baginda.Kesan daripada sentiasa bertaubat inilah menjadikan baginda orang yang paling cemerlang.

:65: Kauf
Rasullullah lah orang yang paling takutkan.Baginda akan pastikan setiap apa yang dilakukan, tidak akan mengundang kemurkaan ALLAH.Oleh itu sekiranya kita hendak buat apa apa kita kena buat berdasarkan apa yang ALLAH mahu kita buat.Kita mesti takut untuk buat sesuatu yang ALLAH tak suka.Tidakkah hidup ku mati ku ibadah ku kerana ALLAH TA'ALA?!

:65: ZUHUD
Rasulullah orang yang paling zuhud.Pada zaman baginda sesiapa sahaja yang pulang dari rumah baginda mesti membawa balik sesuatu sebagai cendera hati atau buah tangan.Sampaikan ada masanya sudah tidak ada apa apa yang boleh diberikan kepada pengunjung pengunjung tersebut. Sebab itu kita sentiasa diingatkan dunia adalah sebuah tempat untuk mendapat keredhaan ALLAH di akhirat.Dunia ini bukanlah dinilai sebagai antara barangan kesayangan kita.Ini adalah kerana kalau kita sayang sangat kita akan takut nak memberi atau mensedekahkan 'harta' yang kita ada kerana takut kurang, takut tak cukup dan lebih teruk lagi takut mati.Takut mati bukan sebab amalan tak cukup tapi takut tinggalkan harta benda yang dimiliki.Harta ni bukan saja yang berupa material yang kita miliki, tapi ia termasuklah tenaga yang kita ada ni.

:65: Sabar
Rasulullah juga adalah manusia yang paling penyabar.Sehinggakan ketika baginda berdakwah di Taif, orang orang di Taif tidak mahu beriman bukan setakat itu sahaja mereka menyakiti Rasul.Sehingga datang kepada baginga akan Malaikat meminta izin untuk menangkat bukit di taif dan mencampakkan ke atas mereka yang ingkar itu.Apa jawap Rasul? Jangan!!!!!.Baginda kata biar mereka tak mahu beriman, aku mengharapkan generasi mereka yang akan datang, akan beriman kepada ALLAH dan RasulNya.Sungguh sabar baginda.Sungguh berpandangan jauh baginga Muhammad. Jadi sebagai manusia biasa kita perlu banyak bersabar atas apa yang dialami.Sama ada kita sukakannya mahu pun tidak.Misalannya adik beradik.Kekadang tu bila bertengkar, tak bertegur sapa sampai makan tahun.Sebab apa jadi macam ni?Sebab tak ada kesabaran.Nabi Muhammad oleh kerana sabarnya baginda dengan ujian yang terpaksa baginda tempuh, kesannya ISLAM sampai kepada kita hari ini.Lihat betapa sabar itu dapat memberi natijah yang amat luar biasa.

:65: Ikhlas
Baginda Rasul juga lah yang paling Ikhlas orangnya.Sebab itu baginda tidak kisah samada banyak mahu pun sedikit orang yang didakwah ingin beriman kepada ALLAH tuhan yang satu.Rasulullah bila sebut pasal ikhlas baginda mesti menyebut pasal niat sekali.Dan hadis yang sentiasa baginda ulang ulang agar melekat di hati kita ialah "Innamal'amallubinniah" - Segala amalan adalah dengan niat.Sebab niatlah yang akan menentukan keikhlasan seseorang.Sesuatu pekerjaan yang diniatkan kerana ALLAH selalunya bersifat ikhlas.Bertapa kita ikhlas melakukannya hanya sa nya ALLAH juga yang tahu.Amalan tanpa keikhlasan adalah percuma disisi ALLAH dan ia adalah dikira dunia sahaja.Tak dapat nak bantu kita di akhirat kelak.Na'uzubillah.

:65: Tawakkal
Baginda Rasul sentiasa berserah diri kepada ALLAH.Jadi kita juga hendaklah sentiasa bertawakkal kepada ALLAH dalam apa keadaan sekali pun.Kena ingat sehebat mana, sekuat mana, sekaya mana hatta sekurang kurang, semiskin miskin dan semelarat mana pun kita, hendaklah kita selalu bertawakkal kepada ALLAH.Sikap suka bertawakkal ada lah sikap yang menunjukkan kita selalu mengharapkan ALALH kita sentiasa berasa betapa kerdil serta kurangnya kita disisi ALLAH.Orang yang tidak bertawakkal kepada ALLAH adalah orang yang sombong.

p/s : Subhanallah..... Qudwatun Hasanah.. mari kita contohi sifat Rasulullah Saw menjadi individu muslim yang cemerlang...insyaAllah..Selamat berjuang kepada sahabat2 yang bakal menduduki peperiksaan Akhir, minggu hadapan,
semoga dipermudahkan ketika menjawab soalan nanti. jangan lupa call2 mak ayah d rumah... fight for u future.. :face64:
Man Jadda Wa Jada.. :face75:




No comments:

Post a Comment