marah itu mudah tapi sabar lagi indah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..


teringat suatu ketika dalam keadaan letih dan lapar kerana seharian sibuk menguruskan program untuk usaha  mengisi rohani adik-adik bulatan gembira mya, mya melangkah pantas bersama sahabat se Jannah(insyaAllah)  masuk ke sebuah restoran di area ***** hee.. masa tu takla ramai sangat orang, taaa..piii lepas 5 minit  menunggu then datangla seorang ni meminta order kami.. urm mee goreng and lemon tea satu? (order mya). hampir sejam menunggu barulaa order mya dan sahabat ne sampai.. uw kalau diikutkan mau ja mya tanya baru nak beli mee ker??..lepas ja makan dan bayar, mya melangkah kluar bsama sahabat dan tiba-tiba rasa macam nak menoleh kebelakang jaa..huu mya terpandang signboard restoran tu  
-Restoran Sabar Menanti-  laaaa ...patutlaa..urghh Sabar .. sabar.. sabar .. =_='



 ceh ..geram la sangat =D



memang betullah..kalau marah mudah ja..(atau kalau lapar mmg cepat marah kot..lalala) tapi x pernah terfikir pun betapa indah nya bersabar dalam kesabaran.. sebenarnya crita kat atas tu menyedarkan mya yang sabar ni sebenarnya satu sinar yang bilamana kita bersabar maka terpancarla sinar akhlak yang mulia yang terpuji.

          namun, bukan senang tau maw sabar mcm tu ja..kena ada latihan juga, sbb sifat sabar ni ada dua. sabar yg pertama tu lebih afdal daripada sabar yg kedua iaitu sabar meninggalkan larangan Allah swt dan kedua sabar dalam menghadapi musibah. ( Umar Al-Khattab)
          
Rasulullah saw bersabda : ''sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. jika mendapat nikmat ia bersyukur , maka syukur itu sangat baik baginya dan apabila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya. -Riwayat Muslim-

mari sabar dengan ini :-
  • sabar dalam menuntut ilmu 
  • sabar dalam menerima teguran
  • sabar ketika mengerjakan taat
  • sabar daripada membuat maksiat 
  • sabar dan sabarla walau rasanya pahit di dunia kerana di akhirnya bukan satu yang biasa-biasa =D
teringat pesanan sahabat nie (syukran sahabatku) ::  Sekiranya kita memilih untuk teguh dan tetap dalam menempuhi jalan yang panjang dan sukar ini ketahuilah bahawa kemenangan akan tiba. Ia tetap akan tiba sama ada anda memilih untuk bersama atau tidak jadi mya mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.






















kalau duk rumah yg ni contoh hobi anak buah mya slalu wat, neway i miss my little boboiboy and yayaaa  dekat bawah ne :)

No comments:

Post a Comment