segenap jiwaku di serambi Mekah

bismillahirrahmanirahim..

gambar hiasan 

azam! ya mmg kena azam..azam ingin ke serambi mekah dari semester 3 agaknya, dan Alhamdulillah Allah kabulkan doa kami dan pergi ke sana masa tamat diploma. Allah beri kalo kita betul- betul nak dan usaha, lambat atau cepat Allah beri pada masa yang tepat. Alhamdulillah.

aku merancang kesana tapi aku tidak pernah merancang untuk ditemukan dengan sahabat di pondok tunjung yang begitu baik sekali, nyatalah jika Allah nak beri kita kebaikan Allah akan beri kita kefahaman agama, Allah kirim kan kami sahabat yang baik dan solehah, kami dikelilingi orang2 yang berilmu. sedang kami yang datangnya dari jauh terasa apalah ilmu kami yang sedikit ini jika tidak dipaksakan diri menambah ilmu. di saat itu mula menghitung diri. Allah begitu luasnya Ilmu-Mu, kenapa manusia mudah merasa dirinya sarat ilmu agama, malahan cuma secalit. 

gambar hiasan semata mata 

bila kaki mula menjejak negeri ini, tiba2 diri terasa selamat, dan jika dibandingkan disaat kaki dan jantung ku menapak d LCCT ianya terasa gusar dikiri kanan manusia2 yang tidak dikenali.kelakar dengan gelagat sendiri dan segenap jiwaku, menghampirinya sudah takut apatah lagi menyambut kedatangan kami. 

bilangan solehah bertambah,  lalu bahagia kami dikongsi bersama. segenap jiwaku, aku tidak menyangka kita akan bersama jejak ke pondok ini. kalau diimbas zaman duduk di tikar mereka-mereka, kita bagai sedang melakar angan-angan  panjang kita...
biarpun ia berkurang, namun rabitah ini masih setia buat yang lain. ketahuilah bhw aku berduka seketika, tidak mengapa jika hati kami sentiasa pada tautan hati. aku bersyukur.

usrah menghidupkan kerinduan pada hati yang teriak sekian lama.di tengah-tengah syahdu, hadir ibu yang mencorak tawa dan menjengah senyum dibibir solehah. kehidupan yang sederhana , mengajar kami erti 'berupayah'; upayah utk sabar, upayah utk berlapang dada, upayah utk berkongsi. kami merasai kemanisan itu..cukup  indah.

jasad dibangku menghadap kitab-kitab, botol kosong pada awalnya..namun akhir kalam dan tinta ia terisi dengan limpah ilmu dari Murabbi.alhamdulillah. titis air mata segenap jiwaku jatuh, tadahan doa mengesat permata kecil. mana mungkin ULAMA yang disayangi rakyatnya mahu melihat negeri nya 'jauh'. keratan cebisan harapannya aku simpan sebaiknya begitu juga dgn segenap jiwaku. mereka selubung dikedukaan yang sama. 

aku dan segenap jiwaku pergi dari serambinya, menyambung semula perjalanan baru buat yang menanti.kami tidak akan pernah cuba melupankan jaulah pondok ini. bahkan sekembali lagi buat yang keberapa kali itu tidak pasti. semoga Dia memberi peluang lagi. sudah cukup buat kami mensyukuri.

inilah segenap jiwaku

semoga kalian berjaya didunia dan akhirat



No comments:

Post a Comment