menangislah

assalamualaikum warahmatullah...


        kadang-kadang air mata ni penyubur hati dan penawar duka, kadang juga air mata buih kekecewaan menghimpit perasaan. tapi jika dimengertikan air mata manusia ini hanyalah sisa air mata yang berlimpahan. namun dengan setitis air mata yang takut kerana Allah umpama mutiara yang gemerlapan. sesungguhnya penghuni syurga itu mereka yg banyak dukacitanya didunia.



Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.



Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."


::menangisla sepuas-puasnya kerana bekunya airmata kerana kerasnya dosa, 
kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana lupakan mati, lupanya mati kerana cintakan dunia ::





No comments:

Post a Comment