Yakinlah pada -NYA

Assalamualaikum warahmatullah..


Alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan penulis novelis islamik yg amat diminati  dan mya kagumi dgn cara penulisannya. ( insyaAllah teringin nak jadi penulis mcm FS) Ustazah Fatima  Syarha dan suaminya Doktor Farhan Hadi dengan tajuk forum yg sangat membangun jiwa.

Melalui penulisan beliau saja hati mula terpikat dengan penulis novel tersebut. Kalaulah watak yang digambarkan secantik itu, apatah lagi peribadi penulisnya. tidak terbayang rasanya, bahawa satu hari nanti akan berjumpa dengan Ustazah Fatimah Syarha. Namun, Allah beri kesempatan pada Mya melihatnya dari sudut jauh :( tapi..oklaaaa :D


"Dia Untukku"

terpancar kesolehan ustazah ,ayu jew orangnya :)


sememangnya Dia lah perlu kita utamakan berbanding kasih kita pada manusia..mana mungkin kita boleh berkasih dengan manusia jika bukan kerana Allah yg beri rasa cinta pada seseorang. dan kenapa tidak kita cinta pada Dia dahulu sedangkan Dia yg memberikan rasa itu.  

teringat ketika seorang hamba Allah ni mengadu tentang kerisauan nya tidak akan bertemu jodoh...apakah dia tidak yakin pada Allah? sedangkan Allah sudah tentukan Jodoh kita siapa. berdoalah agar ditemukan pasangan yg bole membawamu ke syurga dan sentiasa mengingatkan mu pada Allah ,bagus agamanya mahupun akhlaknya. Ingin memiliki yg soleh maka diri perlu jadi solehah dulu =D. 

   Allah S.W.T berfirman ::

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat  lelaki yang  jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 
    dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

(an-Nur’:26)


mengapa perlu berkasih- kasih pada ar-rijal yg belum pasti menjadi suami? mengapa perlu berbalas-balas mesej yg bukan urusan tetapi hanyalah alasan? mengapa perlu berkongsi cerita pada nya? lebih baik mengadu saja pada Allah kerana manusia ini kadang ada menyampahnya dengan cerita kita, kadang tak suka dengar masalah kita, kadang bosan dengan tingkah kita.. tapi pernah tersedar tak yang Allah itu Maha mendengar dan tidak bosan dengan kita?? 

:D ayuh semua kita bermujahadah. Letak Allah sebagai no 1 "Dia untukku"

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” 

(HR al-Tarmizi).



:: Allahurobbi.. syukur atas hidayah -Mu::
:: semoga Allah Redha::





No comments:

Post a Comment